Sunday, 30 December 2012

Episode 5: Live GPS ke bapak ni?


Previously on Blog Budak Bulat : SnowWay Piramid!

Korang pernah dengar GPS bergerak ataupun Live GPS tak?

Haa aku tau korang takkan pernah dengar punya sebab bapak aku sorang je kat dalam dunia ni yang dikenali sebagai Live GPS. Kalau korang pergi tanya kat syarikat yang buat GPS pun dia akan terrkejut kalau ko tanya die "Live GPS ade tak?".



Ok berbalik kepada apam balik eh silap, berbalik pada cerita asal dimana aku baru je tukar balik baju aku kepada baju yang lebih 'sopan ntah ke hape-hape ntah'. Okeh bayangkan ye, rumah aku ni kat sebuah Condo Mewah disebelah Club Golf termasyur. Wahhh bestnya. Tapi tu bayangan aku je lah, hihi. Rumah aku sebenarnya berada di Taman Bentuk di Klang (Bukan rumah sebenar, rekaan semata-mata).


Daripada Taman Bentuk menuju ke Snowway Piramid tadi patutnya ambik masa dalam 1 jam Setengah tapi JENG JENG JENG...



Dengan adanya Bapak aku sebagai Live GPS, kami berjaya sampai ke Snowway piramid dalam masa setengah jam je. Mesti korang masih tak paham-paham ape maksud Live GPS yang aku maksudkan tadi. Rasa macam menyampah pun ada betul tak ?(baling je mangkuk kat budak ni).

Apa yang menarik fasal bapak aku adalah dia memang tak suke lalu jalan yang lurus. Nak pergi ke suatu tempat dia mesti ade je 'shortcut2' wannabe yang dia akan pakai. "Even kalau pergi ke Kedai Runcit sebelah rumah pun?". Yup, walaupun nak pergi kedai runcit sebelah rumah, dia akan berjalan pastu lalu belakang kedai runcit pastu masuk kot pintu belakang kedai runcit. Macam nyok nyek je bapak aku.


So sebab tu lah kitorang berjaya sampai ke Snowway Piramid dalam masa 30 minit je. Boring duk dalam kereta sambil duk kaco Si Petak yang bajet hensem dari pagi tadi, aku pun lukis la macamane bapak aku punya giler nak menshortcut tak tentu hala punya shortcut.

Mesti korang tak faham peta ni kan, yang line merah tu jalan sepatutnya, line baru line shortcut bapak aku yang ntah hape-hape

Dan sejak dari hari tu, bila bapak start pegang stering je, kitorang sekeluarga akan cakap macam "LIVE GPS BERMULA 2X (buat suara robot gps)"



Sesampainya di Snowway Piramid, aku terus berlari menuju ke tempat yang aku paling suka pergi bila sampai kat Snowway Piramid. Kalau budak-budak lain mesti tempat first diorang nak pergi kat tempat yang main-main tu kan. Tapi aku tak. Korang agak-agak kat mana??

Bersambung..

Friday, 28 December 2012

Episod 4 : SnowWay Piramid!

Previously on Blog Budak Bulat : Denda Oh Denda

Hihi. Akhirnya tempoh 'denda' 2 minggu sudahpun tamat maka aku telah dibernarkan semula untuk tengok Citer 'Superman' kegemaran aku tuh. Petang tu jugak tepat pukul 5.30pm aku terus on TV rumah aku untuk tengok citer 'Superman' yang menyebabkan aku menangis 'kegembiraan la sangat' sebab rupa-rupanya Citer 'Superman' tu dah tamat masa minggu lepas time aku didenda mak aku. Cis!


Jadi insiden 'telenovela sudah tamat' tadi sebenarnya telah dilihat oleh mak ngan ayah aku lalu mereka mengajak aku dengan muka gembira, "Bulat, JOM ayah bawak pergi SnowWay Piramid nak?". 


Walaupun tak berape gembira dengan tawaran mak bapak aku tadi aku terpaksa jugak terima tawaran tu sebab aku tau kalau aku tak terima nanti mak akan bagi beratus-ribu-juta sebab atau ceramah kenape kite kena pergi jugak padahal dia sendiri yang nak pergi bershopping. Tapi jangan risau, aku ada plan gempak habis. So apa plan aku kali ni??


Hihi, untuk kali ini aku ada buat plan yang dinamakan planet eh silap, plan menangis sebenarnya. Habis 3 jam aku buat plan ni tambah lagi 1 jam untuk fikir nama plan ni. aku malas nak tulis so baik korang tengok je gambar 'plan menangis' aku kat bawah ni sampai menangis.

Plan ini dilukis menggunakan kapur 'terambil' kat skolah

Amacam? Syok tak plan gempak aku? Aku rasa plan aku kali ni akan berjaya. Maka hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Semua ahli keluarga aku iaitu mak, ayah, si petak & aku sendiri dah bersedia untuk keluar jalan-jalan di SnowWay Piramid. Masing-masing memperagakan pakaian yang kononnya mengikut trend lah sangat kecuali aku. Mak, Ayah ngan Si Petak tengok aku dengan pandangan yang penuh jeles & sinis, mungkin sebab pakaian aku yang lebih trendy berbanding mereka.

Kan dah cakap, aku yang paling trendy kan..

So at last, mungkin korang semua dah dapat teka, Mak aku terus membebel pastu terus suruh aku tukar baju yang lebih sopan. Sampai hari ni aku masih tak faham apa maksud 'sopan' yang dimaksudkan oleh mak aku sebab aku rasa pakaian aku lah yang paling sopan. Anyway, disebabkan mak aku adalah parent aku (walaupun muka bentuk segi-tiga) , aku ikut jelah cakap dia.


Aku setakat ni dulu aku citer sebab jari aku dah penat nak menaip benda nih. Nanti aku akan citer tentang 'kehebatan' bapak aku dan kenapa aku suka g SnowWay Piramid nih.

P/S : Walaupun aku dah tukar baju, disebabkan kepala otak aku yang terlalu bergeliga nih, sebenarnya aku tetap pakai kostum 'superman' dalam baju kemeja yang aku pakai supaya kalau ada orang mintak tolong nanti aku boleh cepat-cepat koyak baju yang aku pakai ni.

P/S/2?: Nasib baik mak aku tak perasan aku pakai baju superman kat dalam.

Tuesday, 25 December 2012

Episod 3 : Denda Oh Denda


Previously on 'Belog Budak Bulat' Dibuli dibackup dan dibuli

Denda Oh Denda
Bak kata orang tua-tua..jangan sekali-kali menipu orang mak kita
sebab mak kita ada suatu power boleh baca kita tipu atau tak.

So , episod lepas aku dah kantoi sebab menipu mak aku.So apa yang
terjadi pada aku selepas tu?Kena belasah?

Oh tidak sama sekali.

Aku didenda tak boleh tengok TV untuk 2 minggu lamanya.Ceh!
Bermakna aku akan terlepas untuk tengok citer kartun superman kegemaran aku
tiap-tiap pukul 5.30pm untuk 2 minggu!!Damn.

Tapi nasib baik aku genius!
Walaupun aku tak dibenarkan tengok tv tapi aku dibenarkan untuk keluar
main bola tiap-tiap petang.So petang tu aku keluar rumah dengan berpakaian
lengkap nak main bola iaitu seluar pendek dan kasut sukan si petak yang aku pinjam
tapi tak mintak pun dengan dia.


Tapi betapa bijaknya aku ni,aku tak pergi pun main bola.Aku pergi rumah si semut
dengan harapan nak tengok 'superman' kat sana.

Mesti korang tertanya-tanya,kenapa rumah si semut?Bukan rumah budak-budak lain?

Jawapannya sebab penulis skrip ni suruh aku tulis pergi rumah si semut.So terpaksalah
aku ikut arahan penulis ni.

Sesampainya aku dirumah si semut,parent si semut jemput aku masuk tengok tv.
aku bersorak dalam hati "Yahuu aku dapat tengok tv!".Tapi malangnya aku hanya dapat
seronok 2saat je sebab lepas tu parent dia tukar channel 'motivasi bersama Dr.Fadzilah..
come to me'.Tak pernah-pernah pulak aku dengar rancangan motivasi macam tu.Kat
'chapalrela' ada la aku dengar.



begitulah al kisahnya.
Akhirnya aku tersangkut kat rumah si semut layan rancangan motivasi.
Oh aku rasa sangat bermotivate untuk tidak lagi singgah di rumah si semut
lepas hari tu!

Balik rumah je aku nampak mak dah tunggu depan-depan pintu.
Aku terus buat tercungap-cungap macam orang lepas main bola
untuk piala suzuki or whatever.

Ok.Naseb baik ending kali ni aku tak bernasib malang sebab trick-cungap-cungap-halilintar
aku kali ni berjaya melepasi pendinding kuasa 'instinct' mak aku.Fuhh!

Episod 2:Dibuli Dibackup dan Dibuli


Previously on Belog budak bulat : Permulaan yang bosan

Aku dan superhero
Menjadi sorang superhero memang tak lari daripada cita-cita budak-budak
yang berumur 5 tahun ke bawah.Tapi masalahnya aku yang dah tua bangka
ni pun masih ada cita-cita nak jadi superhero.Senget betul aku nih.
Pastu aku kalau boleh nak jadi 'superman' sebab best tau boleh
terbang-terbang jadi senang kalau tiba-tiba aku nak cari toilet time cirit birit.

Jadi misi aku nak jadi superhero takkan berakhir walaupun mak ayah aku
tak support cita-cita aku.Jadi suatu hari aku nak 'test' kuasa superman baru
aku iaitu terbang.Aku pun lincah-lincah susun dua kerusi menjadi satu
macam rancangan tari menari ape tu yang "dua hati menjadi satu" tu.

Dah susun-susun takkan nak bergambar plak dengan kerusi tu.Aku pun
Panjat.Panjat.Oh lupa nak gtau,sayap superman ni aku buat sendiri
pakai baju kurung mak aku.Pastu aku pun lompat dari kerusi tu.

Aku dapat rasakan aku sedang terbang.Aku sangat lah gembira sebab
aku ingat aku dah ada superpower.Rupanya masa tu aku dah pengsan.
Maknanya betul la mak aku kata kalau orang tengah pengsan akan rasa
macam tengah terbang.


Tentang Mat Jamban 
Aku memang tak faham betul dengan sorang mamat kat skolah aku nih.
Muka dia takde lah hensem sangat tapi sekali dia lalu kat budak-budak
perempuan je semua awek-awek cun akan melekat kat dia macam magnet.
Jadi aku rasa dia ada letak satu magnet besar kat belakang badan dia.

Kalau nak tau,nama dia Mat Jamban.Tengok tu,buruk kot nama dia.Tapi 
aku sorang je la yang panggil dia mat jamban.Orang lain semua panggil 
dia mat jambu.Aku memang dari dulu lagi tak puas ati dengan dia
sebab kalau kira dari peratus ke'hensem'an aku jauh tinggalkan dia kot.
Tak caya tengok gambar ni.Kan betul aku kata..



Tentang Semut
Jadi aku pun fikir cara camne nak tumpaskan mat jamban nih.
fikir punya fikir punya fikir tiba-tiba aku terfikir benda lucah pulak.
Eh takde lah aku tipu.Aku pun tak tau apa itu maksud 'lucah'.Sebenarnya
aku terfikir pasal member aku,'si semut'.Tapi dia bukan semut,tapi dia 
semut.Apa ni?

Kalau nak kenal,Si Semut ni orangnya sangatlah lemah.Dengan mata
dia yang layu,pipi yang kurus,badan tak se'tuff' badan aku dan sebagainya.
Pendek kata memang macam semutlah dia ni.And 1 lagi,dia ni memang
mangsa pembuli no.1 kat sekolah ni.Aku dah banyak kali
tengok dia kena buli tapi aku tak dapat buat pape.

Tengok muka dia,rasa cam nak bagi pelempang tak?

Aku 'superhero'
Yeah!!Tiba-tiba aku ada idea camne nak tarik perhatian cewek-cewek
kat sekolah aku sebab aku tau setakat badan aku yang 'tuff' ni tak 
cukup untuk menawan hati diorang.So super master plan aku adalah
apabila si semut kena buli aku akan datang membantu dia.Pastu nanti 
mesti semua budak-budak suka aku.

Aku pun tunggu lah.Pastu ahah!aku nampak dah si semut tu kena buli
kat belakang kantin sekolah.Aku pun terus ikat kain baju kurung(sayap superman)
mak aku kat leher aku pastu terus aku serbu samseng-samseng tu.

Skali aku tengok punyalah besar badan samseng-samseng tu.
aku pun terus bukak langkah seribu tapi tak sempat. baru 2 3 langkah
je dah kena tangkap.

Last-last dengan aku yang 'superhero' ni skali kena belasah.Naseb baik aku tuff

Tolong jangan tengok muka aku,aku tau sekarang muka aku
hodoh.


Pastu aku pun cepat-cepat balik rumah.Mak aku tanya kenapa lebam?.
Aku jawab aku aku jatuh dalam parit.Aku tipu sebab kalau aku cakap
aku gaduh lagi la aku kena belasah dengan mak aku.

Mak aku tanya lagi,"Kan kita baru pindah ke KL ni,mana ada parit"

Eh ahh ya,terlupa pulak mana ada parit kat KL nie.
Pastu apa terjadi pada aku?
Korang rasa??


~Bersambung~ 

Episod 1 :Permulaan yang bosan


Hai.Ok macam biasa.Bukak belog baru jadi kena ucapkan
"Selamat Datang" , "Sawadikap" .
Okeyh dipendekkan cerita , belog ini sebenarnya bukan belog aku,
Maksud aku bukan aku yang nak buat belog ni.Kawan aku yang 
pujuk-nanges-nanges mintak aku tulis belog ni.

Aku pun tak tau kenapa.Mungkin sebab aku handsome kot.Handsome
la kalau nak dibandingkan 'En.Circle' tu.Ok untuk episode satu 
season 1 ni..aku akan citer pasal aku dan adik aku je dulu.Bak kata 
budak-budak 'ice breaking'.

Tentang 'Saya'

Dalam belog ni , umur aku adalah 13Tahun.Of koz masih bersekolah.
Masa ni aku belum lagi tau aku ni ada kuasa pelik.Nanti aku citer.
Nampak gambar atas ni?Sekarang aku nak citer 
kenapa rambut aku terpacak sebelah camtu.


Aku sebenarnya peminat no.1 kipas susah mati 'DragonBall' okay.
Kalau kau minat fanatik camne pun tetap aku yang no.1 ok.No offence.
So suatu hari,aku ingat nak gunting rambut wat bentuk rambut 'Son Goku'
malangnya mamak yang 'terror' gile gunting rambut tu berjaya buat 'Son'
je dan bukan 'Goku'.So sampai sekarang lah rambut aku camtu.

Bercakap pasal kenapa muka aku bulat pulak.Aku sendiri tak tau kenapa.
Mungkin aku nampak 'cool' agaknya bila muka aku bulat.
So,berbangga lah kalau kau muka bulat .Dalam belog ni aku tak nak
bagitau nama aku tapi aku bagitau semua orang panggil aku bulat.

Pasal Adik aKu si petak
OK.Dah habis pasal aku yang bosan.Sekarang pasal adik aku yang lagi
bosan.Of koz la aku kutuk adik aku sebab aku watak utama dalam citer ni.
hehe.So nak bagi senang ingat,nama adik aku adalah petak.Petak bulat,
bulat petak,senang bukan.Ramai orang cakap adik aku lagi ensem dari aku.
Tapi aku rasa semua tu gosip-gosip orang yang dengki dengan aku je.

Adik aku ni kepala otak dia lagi bergeliga berbanding aku.So dia dapat 
belajar kat kelas first and aku kelas yang ke-3.Namun begitu , ada jugak
'bodush'nya adik aku ni.Nanti episod 1 part 2 aku akan citer.Sebab
sekarang aku dah penat nak menulis aku nak g kacau adik aku
tengok barney and friends pulak.

~Bersambung~

Popular Posts