Tuesday 25 December 2012

Episod 3 : Denda Oh Denda


Previously on 'Belog Budak Bulat' Dibuli dibackup dan dibuli

Denda Oh Denda
Bak kata orang tua-tua..jangan sekali-kali menipu orang mak kita
sebab mak kita ada suatu power boleh baca kita tipu atau tak.

So , episod lepas aku dah kantoi sebab menipu mak aku.So apa yang
terjadi pada aku selepas tu?Kena belasah?

Oh tidak sama sekali.

Aku didenda tak boleh tengok TV untuk 2 minggu lamanya.Ceh!
Bermakna aku akan terlepas untuk tengok citer kartun superman kegemaran aku
tiap-tiap pukul 5.30pm untuk 2 minggu!!Damn.

Tapi nasib baik aku genius!
Walaupun aku tak dibenarkan tengok tv tapi aku dibenarkan untuk keluar
main bola tiap-tiap petang.So petang tu aku keluar rumah dengan berpakaian
lengkap nak main bola iaitu seluar pendek dan kasut sukan si petak yang aku pinjam
tapi tak mintak pun dengan dia.


Tapi betapa bijaknya aku ni,aku tak pergi pun main bola.Aku pergi rumah si semut
dengan harapan nak tengok 'superman' kat sana.

Mesti korang tertanya-tanya,kenapa rumah si semut?Bukan rumah budak-budak lain?

Jawapannya sebab penulis skrip ni suruh aku tulis pergi rumah si semut.So terpaksalah
aku ikut arahan penulis ni.

Sesampainya aku dirumah si semut,parent si semut jemput aku masuk tengok tv.
aku bersorak dalam hati "Yahuu aku dapat tengok tv!".Tapi malangnya aku hanya dapat
seronok 2saat je sebab lepas tu parent dia tukar channel 'motivasi bersama Dr.Fadzilah..
come to me'.Tak pernah-pernah pulak aku dengar rancangan motivasi macam tu.Kat
'chapalrela' ada la aku dengar.



begitulah al kisahnya.
Akhirnya aku tersangkut kat rumah si semut layan rancangan motivasi.
Oh aku rasa sangat bermotivate untuk tidak lagi singgah di rumah si semut
lepas hari tu!

Balik rumah je aku nampak mak dah tunggu depan-depan pintu.
Aku terus buat tercungap-cungap macam orang lepas main bola
untuk piala suzuki or whatever.

Ok.Naseb baik ending kali ni aku tak bernasib malang sebab trick-cungap-cungap-halilintar
aku kali ni berjaya melepasi pendinding kuasa 'instinct' mak aku.Fuhh!

21 comments:

  1. hahahhahahhahaa.....ngakak sampe nangis..love u lah bulat

    ReplyDelete
  2. hahaa lucu friend. saya dari indonesia saja mengerti apa yang kamu tulis. mantap

    ReplyDelete
  3. haha, best entry ni , lukisan comel kut .. haha

    ReplyDelete
  4. Nasihat aku, baek ko jangan melawan lagi :P

    #Haha. Vote up untuk lukisan towh (Y)

    ReplyDelete
  5. hahaha. memang bijak kamu...

    tapi takla sebijak superman kan...

    ReplyDelete
  6. salam. kartun yang cool! haha

    pertama kali ke sini

    ReplyDelete
  7. Naluri ibu kau jangan memain beb. Hahah

    Kelaka k. Kakaka. Tu nama nya hidayah. Berubah selepas layan slot Dr.Fadzilah Kamsah. Ahah.

    ReplyDelete
  8. naluri ibu tu kau!

    lepas nie asyik dgr motivasi la yer

    well nway.. kartun kartun tu kiut!

    ReplyDelete
  9. haha... ape laa.. superman plak dilayannya... baik layan wonderpet ade jgak teladannya..hehe

    ReplyDelete
  10. hahaha..nice story....cian dia nak tgk cter superman x dpt....:D

    -salam kenal-

    ReplyDelete
  11. hahahhahaaa... lepas ni harap2 lebih bermotivasi untuk x menipu ibu anda lagi... ya ya...

    ReplyDelete
  12. sumpah lawak. pndai kau lukis kartun2 tuh! haha

    ReplyDelete
  13. hahaha.. layan la slot Dr.Fk tu. best hape..

    1st time in here. Oshem

    ReplyDelete
  14. haha.. sgt2 lah lawak.. =) best story.. =)

    ReplyDelete

Popular Posts