Friday 28 December 2012

Episod 4 : SnowWay Piramid!

Previously on Blog Budak Bulat : Denda Oh Denda

Hihi. Akhirnya tempoh 'denda' 2 minggu sudahpun tamat maka aku telah dibernarkan semula untuk tengok Citer 'Superman' kegemaran aku tuh. Petang tu jugak tepat pukul 5.30pm aku terus on TV rumah aku untuk tengok citer 'Superman' yang menyebabkan aku menangis 'kegembiraan la sangat' sebab rupa-rupanya Citer 'Superman' tu dah tamat masa minggu lepas time aku didenda mak aku. Cis!


Jadi insiden 'telenovela sudah tamat' tadi sebenarnya telah dilihat oleh mak ngan ayah aku lalu mereka mengajak aku dengan muka gembira, "Bulat, JOM ayah bawak pergi SnowWay Piramid nak?". 


Walaupun tak berape gembira dengan tawaran mak bapak aku tadi aku terpaksa jugak terima tawaran tu sebab aku tau kalau aku tak terima nanti mak akan bagi beratus-ribu-juta sebab atau ceramah kenape kite kena pergi jugak padahal dia sendiri yang nak pergi bershopping. Tapi jangan risau, aku ada plan gempak habis. So apa plan aku kali ni??


Hihi, untuk kali ini aku ada buat plan yang dinamakan planet eh silap, plan menangis sebenarnya. Habis 3 jam aku buat plan ni tambah lagi 1 jam untuk fikir nama plan ni. aku malas nak tulis so baik korang tengok je gambar 'plan menangis' aku kat bawah ni sampai menangis.

Plan ini dilukis menggunakan kapur 'terambil' kat skolah

Amacam? Syok tak plan gempak aku? Aku rasa plan aku kali ni akan berjaya. Maka hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Semua ahli keluarga aku iaitu mak, ayah, si petak & aku sendiri dah bersedia untuk keluar jalan-jalan di SnowWay Piramid. Masing-masing memperagakan pakaian yang kononnya mengikut trend lah sangat kecuali aku. Mak, Ayah ngan Si Petak tengok aku dengan pandangan yang penuh jeles & sinis, mungkin sebab pakaian aku yang lebih trendy berbanding mereka.

Kan dah cakap, aku yang paling trendy kan..

So at last, mungkin korang semua dah dapat teka, Mak aku terus membebel pastu terus suruh aku tukar baju yang lebih sopan. Sampai hari ni aku masih tak faham apa maksud 'sopan' yang dimaksudkan oleh mak aku sebab aku rasa pakaian aku lah yang paling sopan. Anyway, disebabkan mak aku adalah parent aku (walaupun muka bentuk segi-tiga) , aku ikut jelah cakap dia.


Aku setakat ni dulu aku citer sebab jari aku dah penat nak menaip benda nih. Nanti aku akan citer tentang 'kehebatan' bapak aku dan kenapa aku suka g SnowWay Piramid nih.

P/S : Walaupun aku dah tukar baju, disebabkan kepala otak aku yang terlalu bergeliga nih, sebenarnya aku tetap pakai kostum 'superman' dalam baju kemeja yang aku pakai supaya kalau ada orang mintak tolong nanti aku boleh cepat-cepat koyak baju yang aku pakai ni.

P/S/2?: Nasib baik mak aku tak perasan aku pakai baju superman kat dalam.

9 comments:

Popular Posts